Wednesday, June 8, 2011

Kenangan Semalam

kenangan semalam...
selalu buatku termenung memikirkannya....
mengapa ku masih disini....
menanti dan terus menanti tanpa pasti....
tangisan itu seringkali mengalir dipipiku....
perlukah aku terus begini.....
kenangan semalam ku layarkan ia pergi...
tabahkan lah hatiku ya rabbi....
aku tawu Kau selalu disisi ku.....
syukur....

Kenangan Semalam...
kita semua pasti akan pernah merasai kenangan silam yang menyakitkan...meskipun dengan orang yang paling disayangi...boleh juga terjadi dengan keluarga yang dicintai...ingin ku kongsikan kedukaan itu disini....moga terbukalah pintu hati kita untuk terus berjalan mencari keredhaan hakiki...

seperti warna-warna pensil ini....hidup ini ibarat seperti gambar di atas....warna warni kehidupan....indah dan ceria.....tapi boleh jua menjadi gelap gelita dikala musibah melanda diri...ingat lah wahai teman seperjuangan ku Allah jua yang mengawal takdir di dunia ini...."Allah Tidaklah menghendaki berIangsungnya segala sesuatu kecuali dengan sebab-sebabnya."....sudah tertulis buat kita....
jangan lah kita jadi seperti ini.....mencari jalan yang paling singkat untuk mengakhiri kedukaan....bukankah nyawa itu milik Allah jua..." Sesungguhnya kita adalah milik Allah, dan kepada-Nya-lah kita akan kembali "..jadi pegangan kita ialah Al-Quran itu sendiri...
Sesungguhnya Allah itu Esa...tiada lain selainnya yang wajib disembah....maka seharusnya kita perlu muhasabah diri agar kita lebih bertakwa dalam menempuh segala onak duri pahit manis kehidupan....dan yang paling penting kita letakkan Allah itu selalu bersama kita dalam apa jua yang mendatang...TRUST IN ALLAH...
semoga kita berjaya diakhirat kelak...

Saturday, October 2, 2010

Tangisan buat diriku

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.
1. Punca wanita menangis.
  • Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
  • Mengurangkan stress.
  • Tanda keinsafan/penyesalan.
  • Sebagai ugutan emosi.
Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.
Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.
2. Kesan tangisan.
  • Dapat perhatian
  • Suasana rumah tangga tergugat.
  • Lelaki jadi bingung.
  • Orang lain dapat mesej.
  • Mata bersih dan sihat.
The world stops at the moment when women cry.
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.
Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:
1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.
Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)
Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!
Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.
bagi wanita itu adalah salah satu cara untuk melepaskan apa yang terbuku dihati dalam bentuk deraian air mata dan itu juga bukan untuk menunjukkan kelemahan bagi dirinya.....
Biarlah air mata itu untuk basuh segala luka dan duka di hati....

Salam Ukhwah

Hidup ku disini hanya sebagai luahan dan ingin sekali ku kongsikan ilmu ku bersama kalian....